June 21, 2010

- BumiGemilang.com -

Earlier, I was searching on ways to appeal for my case,
That is to change my University and hopefully a better course.

Then I stumbled upon this article.

_________________________________________________________________

40,506 Lepasan STPM, Matrikulasi, 

Asasi Dan Setaraf Ijazah Pertama Masuk IPTA





40,506 Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi Dan Setaraf Ijazah Pertama Masuk IPTA
Seramai 40,506 daripada 61,228 jumlah pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), matrikulasi, asasi dan setaraf ijazah pertama ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata daripada jumlah keseluruhan pemohanan iaitu 61,228, jumlah pemohon yang layak ialah 49,234 orang.

“Setelah dibuat tapisan hanya 40,506 yang benar-benar memenuhi kriteria dan berjaya ditawarkan. Daripada jumlah itu 28,633 ialah calon Bumiputera, 9,569 Cina dan 2,304 India dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata bagi Orang Asli pula jumlah yang memohon ialah 66 dan yang ditawarkan adalah 43 orang manakala permohonan bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) pula ialah sebanyak 656, dan 282 orang ditawarkan tempat.

“Bagi golongan Orang Asli yang tidak layak untuk ke ijazah pertama akan dipertimbangkan ke program diploma yang bersesuaian dengan kelayakan calon dengan syarat perlu membuat permohonan baru,” katanya.

Menurut beliau seramai 2,088 pemohon yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 telah memohon untuk memasuki Universiti Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) dan yang berjaya diterima ialah seramai 404 orang.
Radin Umar berkata bagi golongan atlet negeri dan negara pula sebanyak 1,550 permohonan diterima dan hanya 934 berjaya ditawarkan.

Bidang kompetitif yang paling banyak ditawarkan pula katanya ialah Kejuruteraan Elektrik/Elektronik seramai 2,336, Kejuruteraan Mekanikal (1,609), Kejuruteraan Kimia (978), Perubatan (962) dan Perakaunan (941).

Beliau berkata bidang undang-undang seramai 301, Farmasi (287) dan pergigian (178).
Semakan status permohonan boleh dibuat mulai pukul 12 tengah hari Jumaat di laman web  http://jpt.uum.edu.my,  http://www.jpt.utm.my,  http://upu.mohe.gov.my.

atau menghubungi talian hotline 03-88835858,  helpline (03-88835848) atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) : UPU RESULT  Nombor Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya pula akan mula dikeluarkan pada Sabtu ini sementara bagi calon yang gagal aplikasi e-rayuan akan mula dibuka pada pukul 12 tengah hari Jumaat.
(Sumber : BERNAMA, Jun 2010)
___________________________________________________________________

*Notice the bold and colored words.
The ratio is 28:9:2 for Bumiputeras, Chinese and Indians.
"yang benar-benar memenuhi kriteria"

Right after I read this article, 
I bookmarked it under the name "Bullshit"

Malaysia is still a third world nation.
Geeeee. I wonder why.


2 comments:

Anonymous said...

To be fair, you have to know the initial numbers of students to begin with, then calculate the % of each that got through before passing judgement.

But yeah, the numbers paint a grimy picture of how the system works.

-Sing

LiLiN said...

40,506 daripada 61,228 jumlah pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), matrikulasi, asasi dan setaraf ijazah pertama ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

out of the 40 000, half of them are bumiputera.

my school has a couple of bumiputeras get ridiculous courses is good uni. getting upm when he failed one subject in stpm.

meanwhile, the forums are filled with dissatisfied students who scored more than 3.0 but couldn't get a varsity seat.